Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa,
janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan ” (Al-Maidah : ayat 2)

Assalamualaikum...

Segala puji-pujian bagi Allah subhanahu wata'ala, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi serta segala isinya. Tidak lupa juga selawat dan salam buat insan mulia, Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda. Seterusnya, salam kesejahteraan buat muslimin dan muslimat sekalian.

Selamat datang & terima kasih kepada semua pengunjung. Di sini kami menyediakan maklumat berkaitan Insuran Islam (Takaful) untuk perlindungan & simpanan. Kami harapkan Tuan/Puan dapat mengambil ilmu pengetahuan yang berguna.

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1400 tahun lalu.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Nabi SAW bersabda :

“ Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka anggota lain juga akan merasainya ”

( Diriwayatkan : Imam Bukhari & Imam Muslim )

Semoga laman ini dapat memberi kesedaran di kalangan ummat ISLAM (terutamanya) dalam hal pentingnya pengurusan risiko kewangan. Kita sebenarnya agak ketinggalan (kurang kesedaran) terhadap kepentingan pengurusan risiko kewangan (insurans).

Sabda Nabi SAW :

“ Allah akan sentiasa membantu hamba Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain ”

(Diriwayatkan : Imam Ahmad & Imam Abu Daud)

“ Muslim yang sebenar dengan muslim yang lain diibaratkan seperti bangunan, di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain ”

( Diriwayatkan : Imam Bukhari & Imam Muslim )

Semoga laman ini juga mampu mengalih perhatian ummat Islam supaya beralih ke sistem mu'amalah Islam yang bebas dari unsur-unsur yang bercanggah dengan prinsip-prinsip syariah. Hasilnya, kita bebas dari belenggu DOSA BESAR iaitu RIBA' yang mana insyaAllah akan mengeluarkan kita dari tergolong sebagai ahli-neraka.

Saudara-saudaraku...

Hiduplah dalam keadaan yang sentiasa diberkati Allah dan berhati-hati agar kita tidak terjerumus dalam perkara yang Allah murka. Tiada kebaikan dan tiada keuntungan pada harta yang dimurkai Allah. Bukan sahaja di dunia tiada berkat, malah sesal tiada kesudahan bakal menanti di akhirat nanti.

Akhir kata, jalanilah kehidupan yang sementara ini dengan cara yang diredhai Allah. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini bakal memberi manfaat buat tuan/puan. Semoga kita digolongkan oleh Allah dalam golongan orang-orang yang berusaha untuk mendapat "marthotillah". InsyaAllah... amin...